Penyanyi rap Caprice telah menawarkan ganjaran RM5 ribu kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi ‘scammer’ menjual baju raya miliknya.
Menurut Caprice, kegiatan lelaki tersebut bukan sahaja melibatkan penjualan baju raya malah, turut menipu menjual ‘hoodie’.
Berjaya dikesan
Walau bagaimanapun, scammer tersebut telah berjaya dikesan dan diberkas oleh awam yang berada di Johor.

Alhamdulillah, my brother from Johor berjaya jumpa scammer baju raya Caprice! Akan diserahkan kepada polis jap lagi. Caprice harap ni adalah amaran terakhir kepada semua scammer dekat luar sana. Silap hari, silap orang, kita akan cari sampai dapat.
Menurut Caprice, dua hari lepas dia telah memberi peluang kepada individu tersebut untuk menyerah diri di balai polis berhampiran. Namun, lelaki tersebut didakwa degil dan enggan menyerah diri. Lebih teruk, kegiatan mencuri wang masih diteruskan oleh individu tersebut.
Malah tambahnya lagi, salah seorang daripada mangsa berjaya mengesan ‘scammer’ tersebut dan menyatakan bahawa dia sangat mengenali wajah individu tersebut.