Konflik antara masyarakat beragama Hindu dan Islam di India benar-benar menakutkan. Hal ini apabila penganut agama Hindu yang terlalu ekstrim telah menyerang masyarakat Muslim hingga mengakibatkan pembunuhan dan juga kemusnahan harta benda.

Tak semua kejam

Namun begitu, masih ada yang mempunyai sifat perikemanusiaan dan berhati mulia sanggup menggadai nyawa menyelamatkan mangsa-mangsa yang semakin terhimpit akibat daripada pertelagahan tersebut.

Selamatkan mangsa menggunakan skuter

Menerusi daripada perkongsian yang diterima daripada laporan media tempatan India, seorang lelaki beragama Sikh telah menyelamatkan hampir 60 orang terutamanya kanak-kanak.

Menurutnya lagi, dia tidak melihat sama ada mereka adalah Islam atau pun Hindu, tetapi terus mengangkut hampir 60 hingga 80 orang menggunakan skuter miliknya secara berulang alik bersama anak lelakinya.

Pakaikan serban seperti Sikh

Menerusi perkongsian tersebut, Mohinder Singh dan anak lelakinya Inderjit Singh telah berulang-alik sebanyak 20 kali dengan membawa keluar mangsa-mangsa ke dua buah kampung sejauh kira-kira 2 kilometer.

Bagi mengelakkan mangsa diketahui identitinya, Mohinder Singh telah memakaikan mereka serban seperti orang-orang Sikh agar tidak disyaki oleh pihak perusuh.

[fbcomments]