Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan agar sebarang ibadah umrah ditangguhkan buat masa terdekat ekoran wabak Covid-19, sehingga menyebabkan Kota Suci itu dilihat lengang tidak seperti selalu.
Langkah itu diambil sebagai satu cara menbendung wabak Covid-19 daripada terus menular.
Langkah elak Covid-19 menular
Selain daripada Kota Suci Mekah dan Madinah yang agak lengang, masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin juga telah ditutup bagi mengelakkan wabak itu merebak.
Ruangan solat dalam masjid ditutup
Pengarah al-Aqsa sendiri telah menyatakan hal tersebut dan memberitahu bahawa ruang solat di dalam masjid kubah emas itu ditutup buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, para pengunjung masih boleh bersolat di ruangan terbuka masjid dan tiada halangan untuk beribadah disitu.
Setakat ini, belum ada sebarang kes positif Covid-19 dari Palestin, namun Israel telah menutup pintu masuk dan keluar ke bandar Bethlehem di Palestin ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.