Ekoran peningkatan kes positif harian Covid-19 setiap hari, petugas kesihatan dan kakitangan hospital dikatakan terpaksa bekerja lebih bagi memastikan orang ramai mendapat rawatan yang sewajarnya.
Seorang pemandu van ambulans di Tronoh Perak dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas kerana terlalu letih seharian bekerja. Bayangkan bekerja dengan memakai Peralatan Perlindungan Peribadi ( PPE) dalam jangka masa yang panjang tiada rehat memang sangat meletihkan.
Meninggal selepas menghantar pesakit Covid
Menurut informasi, beliau merupakan seorang pemandu ambulans di Klinik Kesihatan dan telah tumbang selepas menghantar pesakit Covid-19.
Walau bagaimanaun, menurut seorang wanita di Twitter, dia memaklumkan arwah meninggal dunia kerana dipercayai diserang penyakit asma selepas menghantar pesakit Covid-19. Belum sempat untuk ambil peralatan bantuan pernafasan, arwah sudah jatuh pengsan.
Al fatihah.