Perintah Kawalan Pergerakan telah berlangsung bermula 13 Januari lalu. Setakat ini difahamkan PKP akan berlangsung selama dua minggu di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
Jadi bagi yang terkena PKP tu, mereka yang berada di lokasi berkenaan disarankan untuk tinggal di rumah dan hanya boleh keluar jika ada hal penting seperti untuk bekerja atau membeli keperluan harian.
Penutupan Jalan
Ini adalah panduan untuk yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terpaksa melakukan perjalanan.
Berikut senarai jalan yang ditutup dan sekatan jalan raya sehingga hari ini, 15 Januari 2021.
Hulu Selangor
- Tanjung Malim – jambatan sempadan Hulu Bernam
- Laluan Kilometer (KM) 31.5 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, di sempadan Hulu Selangor – Rawang
- Laluan KM13 Jalan Sungai Tua – Ulu Yam di sempadan Hulu Selangor – Selayang
- Jalan Koskan ke Kuala Garing
Kajang
- Jalan Genting Peras
- Jalan Bangi – Nilai
Klang
- Jalan Musaeddin (Jalan Batu Tiga Lama)
- Jambatan Raja Nala ( Jalan Tanjung Syawal )
- Kilometer 3.5 Jalan Shapadu lama
- Kilometer Jalan Shapadu lama Ke Rantau Panjang
Sekatan Jalan
Kajang
- Balai Polis Beranang
- Jalan Broga
- Plaza Tol Eco Majestic
- Jalan keluar Plaza Tol Bandar Seri Putra
- Jalan keluar Plaza Tol Bangi
- Jalan keluar Plaza Tol Kajang
- Lebuh Raya Besraya berhampiran Minlon.
Hulu Selangor
- M79 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur berdekatan dengan Dusun Bay
- Plaza Tol Tanjung Malim, di kedua-dua arah
- Plaza Tol Lembah Beringin, di kedua-dua arah
- Plaza Tol Bukit Tagar, di kedua-dua arah
- KM60 Jalan Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser berhadapan dengan Taman Selesa
- Gohtong Jaya – Batang Kali berhadapan dengan Genting Highlands checkpoint, di kedua-dua arah
- KM34 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh (Serendah) berhadapan Balai Polis Serendah
- Plaza Tol Sungai Buaya,di kedua-dua arah.
Klang
- Lorong Selat Klang Utara Baru di hadapan Pusat Beli-belah AEON Bukit Raja
- Plaza Tol Bukit Raja (dari Klang ke Shah Alam)
- Batu 10 Jalan Kapar (dari Kuala Selangor ke Klang).
Petaling Jaya/Damansara
- Jalan Persiaran Mahagoni
- Jalan Persiaran Jati
- Jalan Persiaran Sungai Buloh
- Jalan 4/56, Gasing Indah
- Persimpangan lampu isyarat PJU 8/1
- Damansara Perdana
- Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP) di pintu keluar Mutiara Damansara / Damansara Perdana
- Plaza Tol Damansara ke Bayu Puteri
Ampang Jaya
- Laluan terdekat untuk ke Apartmen Desa 288
- Jalan Pandan Indah – Cheras dari Lebuh Raya Sungai Besi ke Ampang
- Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran stesen minyak Petronas Klang Gates dari Gombak ke Ampang
Gombak
- Gombak (sekatan jalan raya) Plaza Tol Gombak, kedua-dua arah
- Plaza Tol Rawang dari Sungai Buloh dan Rawang
- Di Jalan Desa Aman Puri, Desa Jaya
- Jalan Lama Gombak – Genting Sempah berhampiran Simpang Kuari
- Jalan Rawang menuju Sg Choh (KM30)
Serdang
- Lebuhraya Bukit Jalil di Bandar Kinrara 5
- Jalan Puchong Lama menuju Jalan Klang Lama (di hadapan Telekom Taman Tenaga)
- Jalan Putra Permai
- Seksyen 8, Jalan Serdang Raya.