Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ditimpa malang apabila tangannya terpaksa dipotong setelah terlibat kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 28, Lebuhraya Pasir Gudang.
Mangsa berusia 55 tahun
Dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi, mangsa berusia 55 tahun bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidrolik di bahagian belakang lori bagi mengesan jalan-jalan yang berlubang untuk dibaik pulih.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sebaik tiba sampai di tempat kejadian, lori dinaiki mangsa yang sedang bergerak telah dilanggar oleh sebuah lori lain dari arah belakang.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang merupakan seorang pekerja selia selenggara berkenaan cedera parah di bahagian tangan kanan.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Akibat kecederaan parah yang dialami, tangan kanan mangsa terpaksa dipotong di bahagian bawah siku semasa rawatan.
Manakala rakan mangsa mengalami cedera ringan di bahagian lutut kanan.
Melarikan diri
Tambah beliau, lori yang melanggar mangsa berkenaan tidak berhenti di tempat kejadian pun, malah terus melarikan diri daripada kawasan berkenaan dan pihak polis kini sedang menjalankan usaha mengenal pasti lori terbabit.

Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut agar dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran.
Masih fikir tanggungjawab
Kisah pak cik ini turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Beliau turut tidak meluangkan masa meziarahi pekerja penyelenggaraan jalan itu.
Walaupun pertemuan itu ringkas, namun Ustaz Ebit tidak mampu menahan sebak ekoran insan itu sudah kehilangan tangan kanannya akibat dipotong.

Lebih menyentuh hati apabila Ustaz Ebit mendakwa, insan tersebut masih terfikir soal tanggungjawab kepada keluarga meskipun fizikalnya kini sudah tidak sempurna.
Pakcik ini tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak.
Sayu sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail JB ziarah pakcik kerja penyelenggara…
Posted by Ebit Lew on Thursday, December 24, 2020