Penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap perancangan bakal pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ini.
Jadi untuk meraikan juga hari bahagia mereka, pasangan pengantin ini telah memilih satu tema yang sangat sesuai dengan situasi masa kini.
‘Drive-Thru’
Kreatif dan unik. Itulah yang dipaparkan menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pangguna Facebook, Dinas Bridal dimana pasangan pengantin tersebut telah mengadakan majlis perkahwinan yang bertemakan ‘Drive-Thru’.
Tetamu yang menghadiri majlis tersebut hanya berada dalam kereta dan tidak memerlukan mereka untuk berkumpul beramai-ramai.
Tidak berjabat tangan
Malah, pasangan pengantin dan tetamu hanya meletakkan tangan didada sebagai salam hormat dan mereka tidak perlu bersentuhan dan berjabat tangan dengan para tetamu yang hadir.
Malah pasangan pengantin turut menyediakan satu kotak yang dilabelkan sebagai ‘Tabung Sumbangan’ dan diletakkan di hadapan pelamin dan pasangan pengantin akan memberikan bungkusan makanan kepada para tetamu yang hadir.