Aktiviti buru tupai untuk hidangan kini semakin popular di Malaysia. Trend ini dipandang sebagai satu bahan makanan yang diragui halal dan kebersihannya kerana penduduk negara ini khuatir penyakit baharu bakal lahir daripada haiwan mamalia ini.
Perlu ada kenyataan rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengenai kesesuaian tupai sebagai haiwan makanan sebaris ayam, lembu dan kambing supaya tahap keselamatannya tidak diragui.
Namun mengikut kenyataan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ianya adalah haram seperti yang dinyatakan dibawah :
Setelah kami meneliti dalil-dalil dan pandangan para ulama serta melihat kepada realiti dan waqi’ Malaysia, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :
- Kami cenderung kepada pendapat yang mengharamkan memakan daging tupai yang merupakan salah satu pendapat di dalam mazhab Syafie dan ini merupakan pendapat yang lebih selamat (Ahwat).
- Sebagaimana yang telah kita ketahui, spesies tupai merupakan hidupan yang semakin pupus. Justeru, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan kelangsungannya buat generasi akan datang (supaya dapat melihat dan mengenalinya). Oleh itu, ini bertepatan dengan kaedah Saddu al-Zarai’ iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.
- Tambahan lagi, tupai adalah merupakan hidupan liar yang dipelihara sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta 716. Malah, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakkan undang-undang serta hukuman.