Amalan menghisap rokok ini tidak akan lari daripada kaum lelaki, bahkan kaum perempuan juga ada yang terjebak. Walaupun masyarakat menyedari bahawa rokok itu membawa padah, namun ada juga yang tidak mengambil endah tentangnya.

Bercerita tentang rokok, baru-baru ini seorang lelaki berkongsikan satu perkongsiannya di kumpulan Facebook “B40 Buat Perangai Apa Harini” berkenaan beliau malu dengan anaknya sendiri kerana satu badan berbau rokok dan busuk.

Bermula Dari Menjaga Anak Di Hospital

“23 tahun perokok tegar, hari ini hari ke-224 aku dah berhenti secara tiba-tiba. Bermula daripada menjaga anak sakit di hospital. Kerap keluar wad untuk hisap rokok. Apabila balik ke wad, anak tutup hidung. Sebab badan dan mulut berbau rokok. Rasa malu dan bersalah sangat”, tulisnya di ruangan kongsi dalam kumpulan Facebook tersebut.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum ini sebagai perokok tegar beliau mampu menghabiskan kira-kira 30 batang rokok dalam sehari dan beliau pernah membelanjakan hampir RM1,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli rokok jenama peter light dan juga balut rokok harvest.

Namun, demi anak beliau sanggup berubah. Beliau yang sebelum ini tidak pernah mendengar nasihat dari isterinya itu kini terasa dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh anaknya apabila beliau baru tersedar akan kesilapannya sebagai perokok terhadap seorang pesakit dan juga anak.

“Kerana anak, lain betul penangan anak. Isteri nasihat banyak kali pun tak pernah jalan. Vape memang aku tak pernah sentuh”, ujarnya lagi.

Semoga Terus Istiqamah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan langkah yang dijalankan oleh beliau dimana dia bukan sahaja buat demi keluarga, bahkan sebenarnya untuk kepentingan kesihatan diri sendiri.

Kredit: Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini

[fbcomments]