Tentera rejim Zionis Israel telah menyerang masjid ketiga paling suci dalam kalangan umat Islam. Serangan dilakukan semasa jemaah sedang melaksanakan solat subuh di Masjid Al-Aqsa.
Tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu telah melepaskan beberapa das tembakan ke orang awam.
Sepertimana yang kita sedia maklum; Masjid Al Aqsa asalnya terletak di dalam sebuah wilayah besar bernama Syam; yang didoakan oleh Rasulullah SAW sebagai tanah yang diberkati…
Namun setelah dijajah oleh pihak Barat; Syam dipecahkan kepada beberapa negara seperti Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan…