Mat London atau nama sebenar beliau Ahmad Ibrahim yang merupakan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul kira-kira 5.57 pagi di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

“Papa Dah Tenat Dan Nazak”

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anak kepada Allahyarham ini iaitu Salmany Akir Ahmad, beliau meminta semua mendoakan kesejahteraan bapanya walaupun akur bapa sudah nazak. “Papa dan tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan papa. Malam ni aku tengok papa dah terlalu lemah, bacaan surah Yassin yang termampu buat aku untuk papa”, jelasnya menulis kapsyen di ruangan Facebook.

Namun, pada pukul 5.57 pagi bersamaan hari Jumaat, hari ini, beliau memaklumkan bahawa bapanya sudah tiada lagi.

Papa Pergi Selepas Laungan Azan Subuh

“Sesudah laungan azan subuh, papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat”, tulisnya.

Beliau turut meluahkan dada beliau berasa sangat sebak apabila mendengar siren van jenazah berbunyi. “Dah tak boleh tahan untuk menitiskan air mata. Waktu aku taip ni air membasahi pipi”, katanya lagi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Mardiyah Taman Melawati Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat.

Sekadar info, Allahyarham Mat London juga adalah seorang pengarah filem seperti filem Kelisa, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa dan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.

Kredit: Facebook Salmany Akir Ahmad

[fbcomments]