Pelakon jelita Maya Karin, 43, mengaku dia sedang berkawan rapat dengan jejaka Perancis yang dikenali sejak tahun lalu.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke berkata perkenalan mereka sudah hampir setahun dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

Pelakon itu turut berkongsi kesanggupan jejaka Perancis itu menemaninya di majlis pelancaran minyak wangi baru-baru ini.

“Dia juga sanggup datang untuk menemani pada majlis pelancaran minyak wangi saya ini. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi,” katanya ketika ditemui sumber pada majlis pelancaran minyak wangi By Maya Karin yang berlangsung di World Trade Centre (WTC).

Maya berkata dia belum meletakkan sasaran ke arah perkahwinan dengan jejaka berusia awal 40-an itu. Jelasnya hubungan mereka masih di peringkat awal dan belum bersedia menuju ke fasa perkahwinan.

Masih jauh lagi untuk hubungan kami menuju ke fasa perkahwinan kerana saya lebih suka ‘go with the flow’. Kalau ada jodoh kami, adalah,” katanya kepada Harian Metro.

Tak mahu letak harapan tinggi

Belajar dari hubungan sebelum ini, Maya berkata dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan yang baru terjalin itu kerana sudah banyak belajar dari pengalaman bercinta sebelum ini.

“Saya pernah menjalinkan hubungan cinta dan hati saya sangat berbunga-bunga ketika itu tapi akhirnya ia putus di tengah jalan.

“Saya sakit hati dan terluka ketika itu. Justeru, bila usia semakin matang, saya tidak mahu bercinta seperti remaja kerana mahu menjaga hati sendiri terlebih dulu,” jelas pelakon itu.

Sekadar info, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 2008 namun perkahwinan mereka berakhir dua tahun kemudiannya.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]