Dibunuh kejam dan begitu sadis sekali. Begitulah yang menimpa seorang rakyat Palestin yang ditembak oleh tentera Israel kerana disyaki meletakkan bom berdekatan sempadan Gaza.
Menteri Kesihatan Gaza berkata, dua rakyatnya cedera akibat tembakan tentera Israel di tempat kejadian. Pergerakan Jihad Islam Palestin mengenalpasti mangsa yang maut itu sebagai Mohammed Al-Naem, 27, anggota pasukan bersenjata Al-Quds.
Heret mayat pemuda Palestin guna jentolak
Menerusi video yang dikongsikan, mayat rakyat Palestin itu dikeluarkan menggunakan jentolak, mengalihkan mayat yang tidak bersenjata itu.
Sumber : Berita Harian