Di hari bahagia semestinya sang pengantin perempuan ingin merasakan kecantikan yang luar biasa dengan mengenakan mekap secara tebal dan cantik agar kelihatan berseri, namun baru-baru ini tular satu video di TikTok berkenaan seorang pengantin warga Indonesia terpaksa membayar harga mekap yang mahal tetapi hasil yang diperoleh sangat tidak dijangka.
Upah Mekap Berjumlah 25 Juta Rupiah (RM7,758) Tapi Hasil Kelaut
Menurut pemilik video tersebut yang dikenali sebagai @ghaziyah_n, beliau mengupah seorang jurusolek berumur 50-an yang sudah berkarier sejak umur 18 tahun lagi. Dengan mengharapkan mendapat hasil yang cantik, pengantin tersebut mendapat hasil yang sebaliknya.
“Jangan ajar saya untuk bersabar. Saya pernah membayar Rp 25 juta untuk solekan perkahwinan dan inilah hasilnya. Saya request make up simple soft tapi kenapa jadi macam ni?”, luah beliau dengan riak wajah yang penuh kecewa.
Undang 1500 Tetamu, Walaupun Malu Tetapi Harus Senyum
“Aku ngundang 1500 orang, aku lebih makanan nya 2500. Harus tetap happy di depan orang banyak”, ujarnya. Beliau turut memaklumkan bahawa jurusolek yang beliau upah itu adalah melalui rekomendasi orang-orang sekeliling untuk memakai “jasa” beliau apabila melihat pengalamannya yang sudah berkarya berpuluh tahun.
Terlalu Terkejut Dengan Hasil Mekapnya
Selepas jurusolek mendandan muka pengantin berkenaan, tampaknya pengantin tersebut tidak berpuas hati dengan gaya dan hasil yang dibuat oleh jurusolek itu dan beliau segera menghubungi suaminya untuk meluahkan rasa sedih yang tidak dapat diungkap.
Ruangan komen di kedua-dua hantaran beliau itu ditutup agar tiada pihak yang dipersalahkan.
Kredit: TikTok ghaziyah_n