fbpx

Melaka Gateway merupakan sebuah projek seluas 552.8 hektar yang bernilai RM43 bilion. Ia yang terdiri daripada tiga pulau baharu dengan dua daripadanya adalah buatan manusia yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Projek itu merangkumi 12 presint antaranya pusat hiburan, pusat fesyen antarabangsa, penempatan dan aktiviti kapal layar taman bersejarah, taman kebudayaan dan resort pelancongan.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn. Bhd. (KAJD), Datuk Michelle Ong, projek itu juga merangkumi Terminal Pelayaran Antarabangsa Melaka, yang dibangunkan bersama Royal Caribbean Cruises Ltd dan bakal menarik lebih 2.5 juta pelancong setahun.

Kecewa ia dibatalkan

Namun baru-baru ini, Datuk Michelle Ong telah meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana projek mega tersebut telah pun dibatalkan oleh kerajaan negeri Melaka.

Apa yang penting bagi saya adalah memastikan projek ini bukannya ‘gajah putih’ dan saya perlu buktikan projek ini juga bakal menjana pendapatan walaupun ia belum terlaksana sepenuhnya.

Beliau berkata demikian sebagai berkongsi luahan terhadap projek Melaka Gateway yang diasaskannya itu. Malah setakat ini sahaja,sebanyak RM700 juta telah dibelanjakan sejak awal pembangunannya pada 2014.

Melaka Gateway adalah projek yang telah saya labur sepenuh hati dan jiwa selama beberapa tahun ini. Saya telah bercakap dengan ramai pelabur yang komited untuk melabur berbilion ringgit sebab mereka percaya bahawa saya mampu melaksanakannya dan menjadikannya suatu projek yang gemilang serta berpotensi untuk dilihat semua orang.

Bagaimanapun, saya tidak memahami kenapa susah sangat untuk orang lain berkongsi visi sama seperti saya pada saat saya begitu bersungguh-sungguh untuk membawa manfaat lebih besar untuk rakyat Malaysia?

Tidak gunakan peluang sebaiknya

Melaka Gateway yang merupakan cetusan idea Michelle itu sepatutnya mampu menjadi pemangkin utama pembangunan negara. Malah ia juga berpotensi menjadikan Melaka sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebaris dengan Selangor atau Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kita berpotensi untuk meraih pencapaian yang lebih tinggi dan saya berhasrat untuk melihat rakyat Melaka mempunyai peluang lebih banyak dan bukan hanya bergantung kepada pelancongan semata-mata.

Selat Melaka mempunyai kelebihan kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi laluan perdagangan syarikat-syarikat perkapalan utama, namun kita tidak mengambil peluang tersebut untuk meraih potensi yang lebih besar.

[fbcomments]