Pengacara terkenal, Baki Zainal kini telah melakar sejarah tersendiri di peringkat global apabila memenangi cabaran video ‘Sejuta Dolar’ yang dianjurkan syarikat kamera video lasak, GoPro.
Malaysia jadi tumpuan dunia
Secara tidak langsung, dengan kemenangan Baki Zainal ini pastinya Malaysia sedang menjadi tumpuan dunia ketika ini. Kejayaan beliau ini juga sekali gus membanggakan negara apabila video miliknya merupakan antara 56 video daripada 42,000 video penyertaan yang berjaya menawan hati juri.
Difahamkan, kesemua penyertaan itu membabitkan peserta daripada 104 negara secara keseluruhannya.
Cabaran video ‘Sejuta Dolar’
Untuk pengetahuan semua, GoPro telah tampil dengan cabaran video ‘Million Dollar’ dimana peserta perlu merakam video dengan menggunakan HERO8 Black + Max.
Penyertaan yang berjaya menawan hati juri ini akan mendapat wang sebanyak AS$1juta (RM4,085,361.02). Namun jumlah tersebut perlu dikongsikan sama rata antara semua pemenang dimana setiap peserta akan perolehi sebanyak AS$22,222 (RM90,800.94) setiap seorang.
Kesemua video terpilih adalah milik peserta dari 17 buah negara.
Tahniah Baki Zainal
Melalui video Baki Zainal, dia dilihat teruja bermain gelongsor air di Escape, Pulau Pinang yang turut dikongsinya di media sosial.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah ke atas kemenangan tersebut. Tak kurang juga yang bangga dengan kejayaan beliau dan menganggap Baki telah mengharumkan nama negara, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat luar untuk mengenali Malaysia.
Tahniah dari kami, team Bawang Rangers!