Andy bernandee telah dikecam teruk di twitter berhubung MV lagu terbarunya yang bertajuk Shimmy. Mungkin dianggap kreatif bagi golongan artis akan tetapi dari segi Islam mungkin menjijikkan.
Namun tak semua orang boleh terima kreativiti dan kelainan yang ditampilkan seperti dalam muzik video Andi Bernadee yang baru ni bertajuk Shimmy.

MV lagu dikatakan sangat melampau
Menerusi satu posting yang viral diTwitter, MV Shimmy dikritik kerana dikatakan keterlaluan.

Kontroversi tersebut berlaku setelah di dalam MV tersebut ada scene gigit leher. Tapi sebenarnya dalam MV tersebut Andi Bernandee mahu menggambar dirinya seorang Dracular.
Walau bagaimanapun, akhirnya warganet bersuara mengenai MV tersebut kerana tidak menggambarkan seorang muslim.
Ada juga yang mengatakan, Andi meniru idea MV tu daripada penyanyi antarabangsa, Jason DeruLo dan tak ada originality dalam lagu dan video tersebut.