Pelawak Mamat tiba-tiba tidak muncul selepas segmen kedua Mega Spontan 2023 yang bersiaran langsung pada malam Jumaat.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, 38, dia juga tidak pasti apa yang berlaku sehinggakan dia hilang fokus dan tidak boleh mendengar ketika berada di atas pentas.

Menurut laporan mStar, Mamat mengakui ianya bukan berpunca dari perasaan gementar. Sebaliknya, telah rasa tidak sihat sebelum program berlangsung lagi.

“Sepanjang 14 tahun membuat persembahan, inilah pertama kali terjadi kepada saya. Saya sendiri pun tidak tahu puncanya. Ketika pusingan pertama naik pentas saya dah rasa tidak sedap badan, penglihatan pun kabur selain telinga tidak boleh mendengar.”

Ahli kumpulan terpaksa teruskan persembahan

Atas nasihat pasukan perubatan, Mamat tidak menyertai sebarang permainan bagi segmen seterusnya. Mamat terpaksa membiarkan tiga ahli kumpulannya, kumpulan Manjakelat, iaitu Adlin Aman Ramil, Joey Daud dan Sajna Suri meneruskan persembahan tersebut.

Bukan gementar kerana yakin dengan ahli kumpulan

Mamat menafikan yang dia gementar kerana amat yakin dengan pasukan sendiri. Dia juga memaklumkan tiada rasa gementar sebelum naik pentas. Selain itu, pegawai perubatan juga mengesahkan dia tidak menunjukkan simtom gementar selain tekanan darah dan nadinya yang stabil

Keadaan Mamat sekarang masih belum stabil dan perlu melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan. Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campak Tak Jauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Sumber: mStar

[fbcomments]