Seperti warganet sudah sedia maklum, penyanyi terkenal Shila Amzah atau nama sebenarnya NurShahila Amzah telah mengikat tali pertunangan bersama pasangan hidup baharunya iaitu Ubai, seorang pempengaruh media sosial pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis yang dibuat secara sederhana.
Beliau yang kini membina hubungan kedua setelah gagal pada perkahwinan pertama dilihat sedang membuat persiapan perkahwinannya bersama Ubai tidak lama lagi.

Bakal Bergelar Isteri Tidak Lama Lagi
Berdasarkan hantaran yang dimuatnaik oleh Shila di instastory laman Instagram, beliau kelihatan sedang menyemak persiapan untuk majlis pernikahannya dengan berkongsi satu sekeping gambar kertas yang menunjukkan beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti perancangan, produksi, kecantikan, hiburan dan sebagainya.
Shila turut menzahirkan rasa gembira dalam melaksanakan persiapan hari bahagianya yang masih memerlukan semakan yang perlu diselesaikan. “Exciting days ahead”, ucapan ringkas yang ditulis olehnya.

Semoga Dipermudahkan
Shila dan Ubai yang sebelum ini pernah mencetuskan tanda tanya netizen tentang mereka yang mengatakan telah terputus ikatan, kini kembali sebagai tunangan orang.
Ubai telah melamar Shila untuk menjadi bakal isterinya di sebuah taman tema, Sunway Lagoon pada bulan Mei yang lepas dengan membuat kejutan memaparkan ‘banner’ yang tertulis di belakangnya ‘sudikah awak berkahwin dengan saya’. Riak wajah Shila dilihat sangat terkejut dengan kejutan yang dibuat dan Shila serta merta setuju dengan lamaran berkenaan.
Kredit: Instagram Shilaamzah, Ohmymedia