Kecoh seorang menteri didakwa tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara. Perkara ini telah di persoalkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Dewan Rakyat.
Teresa mendakwa Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ke Turki pada 3 Julai lalu dan pulang ke tanah air pada 7 Julai sebelum ke Parlimen pada 13 Julai.
Keputusan negatif
Dilaporkan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah menjalani pemeriksaan dan ujian khas koronavirus (Covid-19) sebaik tiba di tanah air.
Memetik laporan Sinar Harian, sumber terdekat menteri terbabit berkata, pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan mengambil masa kira-kira lima jam dan keputusan ujian tersebut adalah negatif.
Pemergian beliau ke luar negara mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai negara (zon) hijau.
Melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Teresa menganggap Khairuddin telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tetap kena kuarantin dan buat saringan kedua

Menteri ada ilmu kebal ke

