Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan seorang warga Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Dr Dzulkefly berkata pihaknya akan terus berhubung dengan HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya pun baru dapat maklumat mengenainya… saya kira pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga.

“Pesakit telah dibawa ke HKL. Kami akan dimaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti. Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana,” katanya.

Individu berkenaan dilaporkan pengsan ketika berjalan di kawasan tempat letak kereta di Tower 3 berhampiran TTMC. Bagaimanapun, dilaporkan mangsa bukan penyewa di menara berkenaan.

[fbcomments]