Seorang wanita di Kabupaten Tulang Bawang, Lampung, Senin menemui ajal dalam keadaan yang tragis apabila telah diculik dan dirompak ketika suaminya pergi menunaikan solat Subuh di masjid.
Menurut laporan media Indonesia, suami menyedari kereta Toyota Avanza miliknya tiada di rumah selepas pulang dari masjid. Namun begitu, isterinya tidak dijumpai. Ketika itulah dia menyedari rumahnya telah dirompak malah isterinya telah diculik oleh perompak.
Siasatan lanjut dari polis menemukan kereta Toyota Avanza berwarna putih miliknya yang telah kosong diparkir di Pasar Unit II Banjar Agung yang terletak kira-kira 8 km arah barat Moris Jaya.
Namun, isterinya masih tidak dijumpai. Di dalam kereta tersebut juga tiada perkara yang menjadi petunjuk keberadaan isterinya.

Kira-kira 50 jam selepas kejadian, mayat mangsa dijumpai di kawasan paya bakau dan ditutupi rumput kering. Mayat ditemui nelayan yang tercium aroma busuk.
“Dari jarak dua meter, saksi melihat banyak ikan di sekitar mayat,” kata Taufik.

Kes disahkan sebagai kejadian samun kereta dengan mangsa dijadikan sebagai tebusan. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tulangbawang, AKP Wido Dwi Arifiya Zaen berkata, suspek perompak disyaki lebih seorang dan siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat masih dijalankan.
Sumber: Tribunnews