Korang ingat lagi tak satu kisah viral mengenai seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Veveonah Mosibin, sanggup bermalam di atas pokok kerana mahu mendapatkan connection internet yang kuat demi menjawab peperiksaan online.
Kini kisahnya viral sekali lagi apabila ada dakwaan mengatakan pelajar tersebut tidak mempunyai sebarang peperiksaan pun sewaktu rakaman dibuat.
Hanya nak naikkan view je
Selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kata pelajar tersebut lakukan video tu sekadar untuk tujuan hiburan. Beliau turut mendakwa pelajar tersebut hanya Youtuber dan sekadar ingin terkenal.
Namun walau bagaimanapun, kementeriannya akan memastikan liputan jalur lebar akan dipertingkatkan dari segi kelajuan dan keluasan di seluruh Malaysia.
Benar menduduki peperiksaan
Namun walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu telah tampil dan menjelaskan situasi sebenar mengenai isu tersebut. Menurut mereka, gadis itu tidak menipu.
Ujar mereka lagi, Veveonah tidak tahu videonya pada masa tersebut akan viral dan mendapat perhatian ramai.
Di akhir tweet salah seorang individu tersebut, mereka turut melampirkan tatacara peperiksaan akhir yang dipercayai diduduki oleh Veveonah semasa merakam video tersebut.
Mohon maaf, peroleh dari sumber tidak tepat
Tapi nampaknya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dah mohon maaf pun atas kenyataannya itu.