Walaupundia seorang OKU, namun ternyata dia memiliki naluri kemanusiaan yang tinggi dan terpuji. Usahanya menyelamatkan seekor kucing yang hampir terjatuh ke dalam sebuah longkang besar mendapat pujian ramai netizen.

“Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar, kucing itu sedang berpaut kuat di dinding lonkang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ. Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, alhamdulillah kami dapat bantu dia naik…
Ps. Sahabat sy yg merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu, dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu, jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu seorang diri.”

Beliau, yang tidak mempunyai sepasang kaki yang sempurna membuktikan kepada semua bahawa kekurangan tersebut tidak menghalangnya daripada menyelamatkan nyawa seekor kucing. Ternyata hatinya tidak OKU sebagaimana anggota fizikalnya.
