fbpx

Nampaknya satu Malaysia kecoh kerana isu moratorium pinjaman kenderaan yang akan dikenakan faedah. Sedangkan pada pengumuman terdahulu ini pinjaman bersama yang lainnya ini tidak akan dikenakan sebarang caj faedah.

Ini menyebabkan ramai pihak beranggapan pinjaman sewa beli kenderaan juga tidak akan dikenakan faedah.

Bank buat pusingan U

Walau bagaimanapun, semalam Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa peminjam sewa beli (hire purchase) dan pembiayaan Islam (islamic financing) dengan kadar tetap kini akan dikenakan faedah selama 6 bulan moratorium.

Malah kenyataan mereka juga dilihat selari dengan kenyataan media yang dilakukan Bank Negara Malaysia pada petang semalam dimana perubahan ini akan berkuatkuasa bermula hari ini, 1 Mei 2020.

Isu tidak diterangkan dengan jelas

Perkara ini turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

“Saya pelik kenapa ramai yang kata BNM u-turn dan bank-bank tetap akan mengenakan faedah ke atas pinjaman walaupun mereka memberikan moratorium ataupun tangguhan bayaran enam bulan.

“Saya tak tengok ini sebagai u-turn kerana dari mulanya pakej prihatin diumumkan, perkara ini sudah dimaklumkan,” ujarnya dalam kenyataan di Facebooknya.

Beliau dalam hantarannya juga memuatnaik kenyataan BNM yang menyatakan:

“Faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang. Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.”

“Kita perlu faham bahawa faedah ke atas pinjaman adalah pendapatan utama bank. Bank masih ada kos operasi serta kos kakitangan mereka sepanjang tempoh penangguhan ini.”

Pada masa yang sama, kata Najib, mereka masih perlu membayar faedah kepada pendeposit akaun simpanan dan simpanan tetap.

“Jika kita paksa bank untuk mengecualikan faedah bulanan pinjaman, nanti bank kata mereka juga akan kecualikan bayaran faedah kepada pendeposit pulak! Masa itu ramai lagi yang susah  terutama pesara yang bergantung kepada bayaran faedah dari simpanan usia tua mereka untuk kelangsungan hidup.

“Penangguhan ansuran ini juga memberi sedikit sebanyak impak kepada bank kerana ianya juga mengurangkan keupayaan untuk memberi pinjaman baru. Bank adalah amat penting bagi ekonomi negara. Jika bank-bank runtuh, ekonomi kita turut runtuh.

“Sebab itu kita perlu faham dan bertolak-ansur. Jika kita mampu bayar ansuran dalam tempoh penangguhan enam bulan ini, bayar sahaja untuk kurangkan faedah terkumpul,” kata Najib.

Bukan semua faham perkara berkaitan pinjaman

Semua terma ini dilihat mengelirukan, apatah lagi bukan semua orang mahir dan faham secara mendalam perkara berkaitan hal-hal pinjaman sebegini.

Jadi korang boleh ikuti perkongsian pencerahan oleh seorang pengguna Twitter Khairi bagi memudahkan korang faham.

Dianggap tidak mengambil moratorium

ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.

“Justeru, pelanggan sewa beli perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal,” katanya.

Tiada caj jika bayaran dibuat sebelum 30 Jun

Menurut kenyataa ABM itu lagi, bank tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih daripada 30 Jun 2020.

“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya,”

[fbcomments]