Alhamdulillah kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Kewangan Negara semalam.

Demi kelangsungan hidup

Demi kelangsungan hidup rakyat dan perniagaan, akhirnya kini kerajaan komited untuk terus mengadakan sesi libat urus bersama industri perbankan.

Bagi golongan yang berada dalam kelompok B40 dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS), moratorium bantuan bayaran balik pinjaman akan dilanjutkan secara automatik.

Mereka yang berada dalam kelompok pendapatan B40 dan PKS juga akan diluluskan permohonan masing-masing oleh bank dalam masa 24 jam. Tidak perlu dokumen.” – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Manakala bagi mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan M40 pula, mereka hanya perlu membuat permohonan tanpa dokumen di bank masing-masing dan ia akan diluluskan dalam satu hingga lima hari.

Namun bagi golongan lain, permohonan moratorium boleh dibuat menerusi pihak bank masing-masing.

Boleh membuat pilihan

Apa yang menariknya lagi, menurut Menteri Kewangan itu lagi, di bawah Belanjawan 2021 ni, golongan yang terdiri daripada B40 dan PKS dapat memilih moratorium tiga bulan atau pengurangan 50 peratus ansuran bulanan mereka selama enam bulan.

[fbcomments]