Seperti yang semua maklum, ketika ini segala aktiviti berkumpulan mengalami kekangan kerana bimbang akan penularan covid -19 yang melanda negara saat ini.

Walaupun aktiviti di masjid seperti solat Jumaat sudah dibenarkan, namun tetap perlu melakukan penjarakkan sosial dan mematuhi segala SOP termasuklah juga jumlah jemaah turut dihadkan mengikut keluasan masjid tersebut.

Kecewa tak dapat solat

Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok,  pengguna ini telah memuat naik video seorang lelaki warga emas yang kecewa apabila tidak dibenarkan untuk solat Jumaat.

@hambahallah1986

aku kecewa dengan peraturan kerajaan sekarang,dihad 100 orang sahaja.dan pakcik ini tidak berpuas ati kerana tidak dapat menunaikan solat jumaat @msta

♬ الصوت الأصلي – سمّسمّ

Dalam video berkenaan, warga emas tersebut meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa balik dan tidak dapat menunaikan solat jumaat di masjid sambil memegang sejadah.

Aku orang Islam, yang kau tak bagi sembahyang. Mu jawab dengan Allah.

Surau kecil tapi ada 4 apartment

Walaupun ada yang meninggalkan komen dengan mengkritik tindakan warga emas itu kerana tidak datang awal untuk mendapat peluang solat Jumaat, pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut telah tampil mempertahankan pakcik terbabit.

@hambahallah1986

Reply to @u.zik24 hopefully netizen faham

♬ original sound – hamba allah – hamba allah
[fbcomments]