Nampaknya nama Sajat semakin mendapat perhatian daripada beberapa ahli agama yang mengajak orang ramai untuk memboikot dirinya. Malah, apa yang dilakukan Sajat juga telah dibawa sehingga peringkat Kementerian dan Jabatan Agama, dengan alasan Sajat berpotensi untuk merosakkan akhlak umat Islam disebabkan perkara luar tabii yang dilakukannya.
Walau bagaimanapun, Sajat baru-baru ini ada meluahkan perasaan sedih dan kesal kerana terasa dirinya ditindas oleh agamanya sendiri. Perkara tersebut diluahkan melalui instagram stories miliknya.
Kalau betul lah agama islam benci orang seperti aku, dan aku tak layak berpegang kepada agama islamku..dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandaskan agama yang aku pegang..mungkin mereka lebih suka aku keluar demi mereka dapat pahala..sed1h dan pilu untuk aku luahkan perkara ini.
Sajat telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah dirinya ditindas dan berura-ura seperti mahu keluar daripada agama Islam demi memuaskan hati semua pihak?