Hari ni sudah 30 Mac, anda dah isi belum MySalam? Kalau belum isi sekarang sebab dia buka sehingga esok sahaja.
Apa Itu MySalam B40 & M40
Ia adalah bantuan rakyat yang diperkenalkan kerajaan dengan harapan golongan B40 yang berjumlah 3.69 juta dan juga golongan M40 yang berjumlah 4.3 juta dibantu pada ketika mereka menghadapi penyakit kritikal.
Bukan satu dua penyakit, tetapi sejumlah 45 penyakit kritikal tersenarai dalam bantuan my salam ini.
Skim perlindungan Nasional My salam ini adalah satu perlindungan insurans dan takaful PERCUMA dan FREE meliputi kalangan yang umur mereka bermula 18 tahun hingga 65 tahun
Kelebihan mySalam
Jikalau anda disahkan kena salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang tersenarai termasuklah Covid-19, sakit jantung, kanser, Alzheimer dan anda terus akan menerima bayaran one off RM8 ribu bagi kumpulan B40 manakala RM4,000 untuk kumpulan M40.
Antara sakit yang tersenarai ialah :
- keradangan pankreas
- novel coronavirus (2019 n-CoV)
- virus kurang daya tahan manusia (HIV)
- melecur teruk
- strok atau angin ahmar
- parkinson
- anggota badan tangan atau kaki atau kedua-duanya lumpuh
- dialisis buah pinggang
- perlu pembedahan injap jantung, serangan jantung
- penyakit AIDS
- penyakit paru paru, kanser hati
- pekak
- koma
- operate otak
- buta
Jikalau anda tinggal di wad hospital kerajaan, anda juga akan diberikan pembayaran RM50 sehari (maksimum tuntutan 14 hari setahun bersamaan dengan nilai RM700 setahun).
Ia bagi meringankan beban dek kerana kehilangan pendapatan sepanjang menerima rawatan di wad hospital kerajaan Malaysia.
Cara daftar bagi golongan B404
Anda boleh tuntut sekarang. Tidak perlu lakukan daftar online, register atau hantar pendaftaran permohonan online.
Anda hanya perlu update sahaja.
- Boleh terus pergi ke portal rasmi mereka melalui pautan yang kami kongsikan melalui pautan di jadual atas.
- Anda boleh akses masuk menggunakan butiran kad pengenalan dan kata laluan dan password yang dihantar kepada anda melalui kiriman sms
- Selepas login, sila cari butang ‘Download Form’ dan klik download ‘Critical Illness – Doctor’s Statement form’
- Borang tersebut perlu diisikan selengkapnya oleh doktor yang melakukan rawatan terhadap anda
- Selepas itu, anda boleh hantar scan borang tersebut bersama-sama dengan dokumen lain termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan doktor yang boleh anda upload dan muat naik di portal rasmi mereka di ruangan Claims > Claims Submission > CI Claims
- Dan jikalau sudah lengkap dokumen yang diperlukan boleh klik burang ‘SUBMIT’
Dan jikalau tiada sebarang masalah, duit yang yang dijanjikan akan terus masuk ke akaun bank sama yang telah anda daftar semasa permohonan bantuan sara hidup BSH sebelum ini.
Cara daftar untuk M40
Untuk golongan M40 yang mana gaji dan pendapatan setiap bulan isi rumah antara RM4,360 hingga RM9,619 atau gaji dan pendapatan isi rumah bawah RM100 ribu setahun boleh mohon dan daftar DI SINI sekarang!
Untuk pengetahuan, esok adalah tarikh akhir pendaftaran. So tunggu apa lagi? Isi sekarang juga!