Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah atas perintah dan tuntutan ALLAH SWT namun bukan makna Rasulullah melarikan diri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, penghijrahan tersebut ada ditakrifkan dalam Kitab Fiqh Al-Sirah karya Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.
Di mana beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW tatkala berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah, bukanlah bermakna Rasulullah melarikan diri.
Tetapi adalah atas perintah dan tuntutan ALLAH SWT dan istilah hijrah berbeza sangat dalam mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain.
Insya-ALLAH saya akan bagi buku yang saya karyakan berkenaan dengan hijrah ini.