Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa pelik apabila kebanyakan wanita Melayu obses untuk memiliki warna kulit yang cerah berbanding sawo matang.
Menerusi ciapan dikongsikan di laman Twitter, anak kepada penyanyi lagenda rock, Amy Search itu berkata warna kulit asli wanita Melayu melambangkan kecantikan mereka.
Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih..Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik..Brown sugar is sexy you know.. i love my skin so much and i am so proud of it..
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 19, 2023
Pelakon berusia 42 tahun itu juga berkata dia sangat berbangga dengan warna kulit sawo matangnya dan menganggap ia seakan-akan warna gula perang.
Nabila yang lebih dikenali sebagai Abil itu juga sempat menitip pesan buat wanita diluar sana agar tidak mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial dan belajar untuk menghargai kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri sendiri.
Ciapan itu telah mendapat 11 ribu perkongsian dan 24 ribu tanda suka. Menjengah ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat Abil.
Namun, ramai yang berkongsi pengalaman didiskriminasi kerana kulit yang gelap. Beauty standard asia yang menganggap kulit cerah lebih cantik juga membuatkan ramai mengejar untuk menjadi lebih putih dan dianggap cantik di mata masyarakat.
When I was little, in school, I hated my brown skin. Kena ejek n discriminated against sebab tak putih=tak cantik. As I grew older, I can see clearly that my brown skin is beautiful. Now I appreciated my skin more and I love it.
@farraTamam
I don’t think they don’t like their own skin tone, our society yg meletakkan “fatwa” cantik itu kena kulit putih. So perempuan mana yg xnk cantik kan. That’s my 2 cent.
@nxdzwxn
Sumber: Twitter @abilsuhaimi