Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk diizinkan agar dapat mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.
Dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung itu, beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan hanya kepentingan negara sahaja diutamakan buat masa kini.
“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara..
Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.”