Pelakon wanita, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia merupakan antara artis yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral bagi memperolehi jalan pintas hidup mewah.


Hal ini dinyatakan sendiri oleh beliau menerusi laporan daripada Mstar selepas namanya dikaitkan dengan aktiviti tersebut.

Sumpah tak terlibat!

Mengulas mengenai perkara tersebut, Tiz menyifatkan tuduhan sebegitu sangat keterlaluan, namun sema sekali tidak bimbang kerena tidak pernah terjerumus ke arah itu.

Sumpah tak ada (tak terlibat)…nauzubillah nama saya tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya?

Kerjaya dah stabil, tak perlu semua tu

Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana…saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni.

Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar.

Namun dalam masa yang sama, beliau turut mengakui tidak terkejut dengan kewujudan aktiviti tidak bermoral itu dalam kalangan selebriti kerana sudah terlalu kerap dikongsikan pihak media.


Tapi perkara ini saya tak berapa hairan. Saya tinggal di Kuala Lumpur sejak kecil dan dengar banyak mengenainya.

Dalam akhbar ada dilaporkan dan orang bercakap mengenainya, saya tak terkejut ia berlaku. Mungkin dalam kalangan kita pun ada, tapi mungkin itu cara mereka cari duit.

[fbcomments]