fbpx

Pernahkah anda makan durian bersama nasi goreng? Ini mungkin kombinasi yang kelihatan agak pelik, tetapi ia sebenarnya enak.

Seorang vlogger percutian Trevor James, yang dikenali sebagai The Food Ranger di Facebook, berkongsi satu hidangan yang unik di Pulau Pinang iaitu Nasi Goreng Musang King dengan Sambal Belacan.

Hidangan nasi goreng lain daripada yang lain!

Menurut seorang kakitangan kedai itu, sebahagian durian Musang King akan digunakan untuk menghiasi nasi goreng tersebut, manakala baki durian tersebut akan digoreng bersama nasi.

Nasi goreng berkenaan digoreng dengan bahan-bahan biasa seperti sos soya, kobis, udang, lobak merah dan telur. Durian Musang King itu kemudian dicampurkan di dalam sajian itu.

Sebaik sahaja nasi dicampur dengan durian, hidangan itu ditambahkan lagi dengan durian Musang King, serta sambal belacan.

EXTREME Durian Fried Rice in Penang Malaysia @Ah Chong Fried Rice!!!

EXTREME Durian Fried Rice in Penang Malaysia at Ah Chong 炒飯 !!! Watch until the end!! This is SUPER UNIQUE!! With spicy Sambal Belacan!

Posted by The Food Ranger on Selasa, 30 Jun 2020

Gabungan rasa yang bersesuaian

Menurut kakitangan kedai itu, gabungan masin dan manis itu bersesuaian.

“Anda boleh melihat isi durian ini di dalam nasi. Dan sambal itu sesuai dimakan bersama. Ia perkara yang mengejutkan. Sambal itu, mungkin anda berpendapat bahawa ia tidak sesuai dimakan dengan durian, tetapi ia sesuai.

“Saya suka rasa manis daripada durian itu dan pedas daripada sambal tersebut. Ia sebenarnya ‘combo’ yang tidak dijangkakan sama sekali,” kongsi James.

[fbcomments]