fbpx

Keunikan masakan tradisional Malaysia terus mendapat tempat di persada antarabangsa apabila seorang lelaki berdarah campuran Cina-British berjaya meraih pendapatan mencecah RM2 juta setahun hasil menjual Nasi Kerabu di London.

Kisah ini menjadi tular selepas pempengaruh terkenal, Chris MJ, berkongsi cerita mengenainya di media sosial.

@christhechindian

“Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

Sanggup Berhenti Kerja Arkitek Dan Jual Nasi Kerabu Di London

Lelaki tersebut, yang telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berasal dari Kelantan mendedahkan bahawa perniagaan menjual Nasi Kerabu bermula sebagai langkah nekad selepas meninggalkan kerjaya sebagai arkitek. Menurutnya, keputusan ini dibuat setelah hampir sedekad berkecimpung dalam bidang seni bina yang akhirnya gagal memberikan kepuasan diri.

“Kami bermula sejak 2019. Sebelum itu, saya bekerja sebagai arkitek hampir sepuluh tahun. Tapi, selepas sekian lama, saya hilang minat dan semangat dalam bidang itu. Akhirnya, saya nekad ‘terjun’ dalam bidang masakan.

“Keputusan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Ayah dulu pernah kerja di restoran, dan saya sendiri sudah lama teringin nak ceburi dunia perniagaan,” katanya.

Namun, permulaan perniagaan bukanlah mudah. Pada hari-hari awal membuka gerai, jualan amat sedikit, malah pernah hanya menjual satu bekas Nasi Kerabu dalam sehari. Walaupun menghadapi cabaran yang besar, beliau tidak pernah berputus asa, malah terus memperbaiki resipi dan menambah baik penyampaian produk.

Kini, usahanya berbaloi apabila perniagaannya mampu mencatat pendapatan sehingga £400,000 atau kira-kira RM2.2 juta setahun. Nasi Kerabu yang unik dengan warna birunya daripada bunga telang telah mencuri perhatian ramai, termasuk masyarakat di London yang kagum dengan keunikan dan keaslian hidangan tradisional ini.

Di platform TikTok, perkongsian mengenai kejayaan ini mendapat sambutan hangat daripada warganet yang memuji keazaman lelaki tersebut dan menyatakan kebanggaan melihat masakan Malaysia dihargai di luar negara. Ada juga yang berpendapat bahawa warna biru semula jadi nasi tersebut menjadi daya penarik utama kepada masyarakat luar.

Kredit: TikTok Chris MJ

[fbcomments]