Sudah satu minggu lebih Neelofa telah melahirkan anak keduanya iaitu Abdullah Abbas. Demi memanjakan dirinya, beliau berhasrat untuk berpantang secara tradisional dengan menerbangkan Kak’ Dib’ dari Besut, Terengganu ke Kuala Lumpur.

Mahu Berpantang Cara Kampung

Menerusi laman instastory di Instagram beliau, Neelofa memaklumkan beliau menggunakan khidmat seorang bidan yang dibawakan dari Terengganu sepanjang tempoh beliau berpantang. Katanya, berpantang secara tradisional adalah lebih dekat dengan dirinya kerana dia juga berasal dari kampung.

“Alhamdulillah, ada rezeki saya untuk bawa Kak Dib (nama Bidan) all the way dari Besut, Terengganu untuk saya duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya pantang secara tradisional. Lebih rileks dan dekat di hati saya yang asalnya pun seorang budak kampung #kampunggirl”, kapsyen yang ditulis olehnya.

“Road To 55kg”

Bekas pengacara Meletop itu juga menulis “road to 55kg” untuk menyasarkan berat badan yang diinginkan selepas habis tempoh berpantang kelak.

Sekadar info, Neelofa sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk berpantang secara tradisional untuk kelahiran anak keduanya memandangkan beliau sudah berpantang secara moden untuk anak pertamanya, Muhammad Bilal. Dan kini, hasratnya telah tercapai.

Kredit: Instagram Neelofa

[fbcomments]