fbpx

Pelakon cantik Hannah Delisha sering mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila aktres berasal dari Singapura itu, membintangi drama yang sedang disiarkan di kaca televisyen saat ini iaitu Andai Itu Takdirnya.

Terbaru, pemilik nama penuh Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, itu telah memuat naik foto di platfom Instagramnya yang mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Hannah telah mempromosikan pakaian jenama keluarannya iaitu pakaian jenis sweatshirt. Pakaian itu telah digayakan dengan mengenakan selendang hitam, namun posing mendada yang dilakukan menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah pihak.

Ramai yang menasihat aktres itu untuk melabuhkan tudungnya bagi tampil lebih sopan. Namun, ada juga yang memuji Hannah yang masih kelihatan ayu dan comel berbanding usianya.

Sekadar info, Hannah Delisya telah tampil berhijab sejak tiga tahun lalu. Hannah telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Imam Shah sejak 2021 namun masih belum dikurniakan zuriat.

Sumber: Instagram Hannah Delisha

[fbcomments]