fbpx

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik. Namun bangsa utamanya adalah Melayu, Cina dan India.

Walaupun kadang-kadang tu ada pertelingkahan antara kaum namun kebanyakannya setiap bangsa di Malaysia sentiasa sedia mempertahankan satu sama lain.

Cuba kutuk Melayu ttak pandai Bahasa Inggeris

Segalanya bermula apabila ada seorang individu berbangsa Cina yang cuba pertikaikan dan mengutuk seorang pelayan Starbucks berbangsa Melayu tapi tak pandai bercakap bahasa Inggeris.

Dia mengadu seorang pelayan Melayu di Starbucks yang berbahasa Melayu dengan dia dan rakannya yang berasal dari negara China. Dia kata rakannya yang dari China itu fasih berbicara dalam Bahasa English tapi pelayan Starbucks itu hanya mampu berbicara dalam Bahasa Melayu dan dia nak mengadu kepada Starbucks.

Tapi dapat kecaman dari bangsa Cina yang lain!

Mungkin dia fikir post dia ni akan mendapat sokongan dan pelayan Starbucks Melayu itu akan mendapat kecaman tetapi apa yang berlaku adalah diluar jangkaan.

Malah dia sendiri telah dikecam kerana bersikap sangat rasis terhadap pelayan Melayu itu.

Rata-rata kaum Cina didalam group itu mempertahankan pelayan Melayu itu tersebut daripada dirinya.

Perkongsian oleh pengguna akaun bernama Adam Chow itu telah mendapat perhatian ramai pihak.

Siapa kata cina Malaysia x Sayang Bahasa malaysia Kita…Syabas kepada netizen yg marah banggang tu…#WellDone#ProtectOurBahasaMalaysia#SohaiRacistKenakecam🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Posted by Adam Chow on Khamis, 6 Ogos 2020
[fbcomments]