Seorang pempengaruh yang hangat diperkatakan pada masa kini iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli kembali beraksi dengan membuat netizen terpegun dengan sisi baharunya, iaitu beliau dapat menyambung ayat al-Quran apabila diajak untuk membuat challenge sambung al-Quran di laman TikTok.
Mula Menghafal Al-Quran Sejak Berumur 14 Tahun
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh Iqbal sendiri di laman TikToknya, beliau kelihatan dicabar untuk membuat challenge sambung ayat al-Quran bersama seorang individu. Tidak disangka, beliau dapat menyambung ayat-ayat al-Quran itu dengan fasih tanpa rasa ragu-ragu.
Menurut Iqbal, beliau mula menghafal al-Quran sejak usia 14 tahun lagi dan masih mengingatinya sehingga kini. “Pertama kali orang terjah saya tanya soalan ini. Jangan risau saya tidak pernah hilang, sama seperti dulu. Kali terakhir saya hafal surah al-Insan pada usia 14 tahun dulu. Saya sangka saya lupa rupanya ia masih kuat berjalan dalam kepala saya”, ujarnya.

Netizen Tersentuh Dengan Sikap Iqbal
Jika dilihat pada akhir video tersebut, Iqbal sempat mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan seharian. “Dalam tengah kontroversi, kita ingat Tuhan”, katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sangat kagum dengan sikap Iqbal yang meletak al-Quran sebagai pegangan di dada.


Kredit: TikTok AhmadIqbalZulkefli