fbpx

Hasrat seorang lelaki untuk pulang ke kampung halaman menyambut Hari Perayaan Aidiladha tidak kesampaian apabila dia dilaporkan maut dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.

Maut Ketika Berehat Di Tepi Jalan

Berdasarkan laporan Kosmo!, mangsa yang bernama Mohamad Suhamel Ismail, 24, merupakan penunggang motosikal yang maut di lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Lipis iaitu Superintenden Ismail Man memaklumkan bahawa, hasil siasatan mendapati pemandu lori berusia 29 tahun dari Klang, Selangor menuju ke Tanah Merah, Kelantan untuk menghantar muatan tilam.

Difahamkan, mangsa pula dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Kampung Bertam, Gua Musang, untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Apabila tiba di tempat kejadian iaitu bulatan Benta, lori terbabit (dikatakan) telah mengelak sebuah kereta yang rosak di tengah bulatan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Lori tersebut kemudian merempuh penunggang motosikal yang dipercayai sedang berehat. Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya pada Ahad.

Beliau memaklumkan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: Kosmo!

[fbcomments]