Usahawan Noor Nabila tampil bersuara selepas timbul spekulasi mengenai percutiannya bersama bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Noor Nabila Jawab Dakwaan Netizen, Tegaskan Hubungan Dengan Sharnaaz Hanya Demi Anak

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nabila menafikan dakwaan segelintir netizen yang beranggapan dia dan Sharnaaz sudah kembali bersama. Dia turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang membuat spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar.

Menurutnya, percutian mereka ke Perancis bukan hanya melibatkan dirinya, Sharnaaz, dan anak mereka, Jebat Jayden, tetapi turut disertai beberapa individu lain.

“Kami datang berlima dan tinggal serumah, bukan sebilik. Jadi, tolong jangan buat andaian sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila menegur sikap segelintir netizen yang terlalu mudah menjatuhkan fitnah dan mencampuri urusan orang lain.

“Jadilah netizen yang bijak, berilmu, dan beradab. Jangan sibuk menentukan masa depan orang lain, lebih baik fokus kepada kehidupan sendiri,” tambahnya.

Sebelum ini, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa itu sudah pun menafikan khabar angin yang mengatakan dia dan Sharnaaz kembali menjalinkan hubungan.

Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia tujuh tahun.

Kredit: Instagram noornabila

 

 

 

 

[fbcomments]