fbpx

Satu kejadian aneh telah berlaku di ruang udara Cambridgeshire, United Kingdom pada Rabu lepas sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Kejadian tersebut dikesan oleh Gerry Underwood, 55 tahun pada jam 8 malam di kawasan perumahannya.

Menurut Metro UK, dia pada ketika itu sedang duduk di luar perahunya di Stretham, ketika dia melihat jejak itu di udara.

“Ia seperti chemtrail yang sangat tebal pada mulanya dan kelihatan seperti awan pendek dan kurus. Ia sama sekali tidak bergerak dengan cepat. Saya cukup yakin itu bukan meteor kerana ia hilang dalam beberapa saat,” kata Gerry.

“Kami telah melihat beratus-ratus tahi bintang, tetapi bukan untuk kejadian ini. Ianya turun dengan perlahan dan berputar. Ia mula bersinar oren seperti yang anda lihat dalam gambar.”

“Ada juga api yang keluar dari belakangnya. Ia sangat luar biasa. Kami melihat banyak perkara pelik di sungai ini, tetapi ini pertama kali kami melihat sesuatu seperti itu.”

Objek itu turut berada di udara antara 10 hingga 20 minit dan hilang selepas itu.

[fbcomments]