Korang perasan tak, lately ni rakyat Malaysia diperkenalkan dengan trend menulis pesanan di atas kotak dan mengangkatnya di tempat-tempat yang terbuka.
Tapi biasanya pesanan yang ditulis adalah berbaur pesanan ringkas yang boleh diterima secara umum. Oleh itu, pekerja ini pun ingin menyuarakan pandangan mereka terhadap kerenah pelanggan di Malaysia yang akhirnya memakan diri sendiri.
“Kalau naik motor, jangan Drive-thru”
Pekerja dari rangkaian makanan segera yang popular, telah menerima hentaman hebat daripada warga netizen kerana pesanan ditulis oleh mereka di atas kotak.
Ramai yang menyifatkan mesej tersebut berbentuk sebuah kritikkan dan tidak wajar dipaparkan.
Tiada niat menghina
Langsung tiada niat untuk menghina penunggang motor, sekadar suka-suka. Demikian lah kata-kata pekerja tersebut setelah dikecam oleh netizen.
Namun difahamkan kakitangan makanan segera tersebut telah pun diberhentikan kerja serta merta disebabkan tindakan mereka itu yang telah menimbulkan rasa kurang senang.
Jaga nama baik syarikat
Nak ikut trend boleh tapi jangan sampai rosakkan nama company.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran untuk semua yang berada diluar sana, agar lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang mengikut trend.