Beberapa minggu lalu, seorang pesakit kanser dibawa menaiki ambulans ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pengesahan cop jari bagi mengeluarkan wang simpanan bagi rawatan perubatan.
Terbaru, kejadian yang hampir sama didakwa berulang apabila kelihatan seorang warga emas didukung dengan bantuan dua lagi lelaki di hadapan kaunter di sebuah cawangan Pos Malaysia.
BACA : Penghidap kanser hilang upaya terpaksa usung katil menaiki ambulan ke KWSP
Makin gila kerajaan ni..baru ni naik ambulan ke KWSP (kalau tak silap)..ini Pos Malaysia pula..!
Sombong kerani dalam tu..keluarlah dari kaunter kalau nak ambil sign atau cop jari..sampai berusung pak cik tu..jenis kerani tak ada hati perut ni!
Beliau turut memuatnaik gambar seorang lelaki didukung bagi berurusan di Pejabat Pos Malaysia di Machang, Kelantan.
Takkanlah sebab nak ambik cop jari saja, kerani kaunter atau pegawai kaunter tak boleh langsung keluar dari kotak kuasa mereka? Takkanlah tak boleh guna common sense sebab terlalu nak jaga kerusi dan kaunter tu?
Takkanlah Pos Malaysia langsung tak boleh fikir bagaimana nak memudahkan kes-kes macam ni… kerusi roda ke?
Posting itu juga mempunyai dua paparan skrin perbualan beberapa individu dalam sebuah group WhatsApp mengenai perkara tersebut yang didakwa menimbulkan rasa kesal terhadap pihak pengurusan Pos Malaysia.
Walau bagaimanapun, sekeping gambar tak semestinya menterjemahkan mengenai isu sebenar. Kang tak pasal-pasal jadi fitnah, mendapat dosa kering macam tu je. Mungkin tuan empunya badan boleh tampil beri maklumat lebih terperinci?
Sumber : Facebook