fbpx

Baru-baru ini tular sebuah video prank yang memperlihatkan seorang influencer, Chazy Nash sedang memakai gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangannya.

Video yang dikatakan lakonan itu menyaksikan dirinya sedang menikmati makanan di sebuah warung dan di pergelangan tangannya sedang memakai gelang pink. Kejadian ini telah mencetuskan panik ‘pelanggan-pelanggan’ lain yang berada di situ.

Tidak sensitif

Video tersebut telah mendapat kecaman daripada warganet dan dianggap tidak sensitif dengan situasi COVID-19 yang berlaku.

Gelang pink takut bini😂

Posted by Media Viral on Selasa, 15 September 2020

Biarpun sudah memohon maaf, namun video tersebut telah mendapat perhatian pihak kerajaan menerusi sebuah sidang media.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dia menegaskan mana-mana individu yang mempersendakan ‘gelang pink’ yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin dianggap sebagai satu kesalahan kerana menipu orang ramai.

Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.

Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut.

Serahkan pada pihak polis

Walau bagaimanapun, Ismail menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung perkara tersebut.

Dia juga berharap agar kes seumpama ini tidak dijadikan sebagai bahan gurauan kerana melibatkan isu yang besar.

[fbcomments]