Luluhnya hati apabila melihat seorang warga emas yang seusia ibu bapa sanggup membuat apa saja demi tuntutan kerja dikala usia sudah lanjut.
Namun, ianya kini sudah menjadi lumrah kehidupan untuk mereka berbuat demikian demi menampung dan menyara hidup sendiri. Baru-baru ini, tular di laman TikTok berkenaan seorang pakcik yang sudah berusia sanggup dibasahi hujan lebat demi tuntutan kerja.
Walaupun Hujan Pakcik Tetap Datang Untuk Siapkan Tugasannya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @panggilmasjela di laman TikTok, pakcik tersebut sedang memesin rumput di halaman rumah wanita itu dalam keadaan hujan yang lebat.
“Pakcik berhenti la hujan ni, datang esok je pakcik”, ujar wanita itu menulis kapsyen dalam video berkenaan. Namun pakcik tersebut masih bertegas mahu menyambung kerjanya. “Tak apa boleh ni, tak boleh stop esok pakcik ada kerja lain”, balas pakcik itu.
“Beliau kelmarin dah mesin rumput. Tengah mesin dah nak habis mesin rumputnya rosak. Dia datang harini nak habiskan tugasan. Kita panggil orang lain tapi tiada orang. Jadi dia sendiri nak”, ujar wanita itu lagi.

Jamah Sepinggan Nasi Goreng Dan Kopi Panas Sampai Licin
“Tiba-tiba bunyi guruh kilat, lari anak la beliau berteduh. Hujan hujan layan nasi goreng pekena pula kopi panas kan pakcik kan”, kata wanita itu memberi sepinggan nasi goreng kepada pakcik tersebut sementara menunggu hujan sedikit reda.
Melihat dari sudut pandangan pakcik itu, beliau sangat menikmati makanan yang dihidangkan dan berterima kasih kepada tuan rumah kerana berkongsi rezeki.
Semoga Diberi Kesihatan Tubuh Badan Yang Sihat Untuk Pakcik
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan mendoakan kesejahteraan pakcik ini sambil mereka mengingati jika pakcik itu adalah bapa mereka sendiri.



Kredit: TikTok panggilmasjela