Tindakan sepasang suami isteri menghadiahkan kasut baharu kepada semua rakan sekelas anak mereka pada hari terakhir persekolahan telah mencuri perhatian ramai.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZS6gyrY4n/
Pasangan Suami Isteri Kongsi Rezeki, Hadiahkan Kasut Baharu Kepada Rakan Kelas Anak
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @azra_deanna memaparkan momen guru kelas anak pasangan tersebut membuat pengumuman tentang pemberian istimewa itu.
Guru berkenaan meminta setiap murid mengambil sepasang kasut yang diletakkan di dalam beg kertas, sambil menyatakan rasa terima kasih kepada keluarga tersebut. Tindakan itu ternyata menyentuh hati ramai apabila kelihatan murid-murid tersenyum gembira menerima hadiah berkenaan.
Menurut wanita yang memuat naik video itu, kasut tersebut adalah hadiah istimewa daripada rezeki yang dikongsi bersama. Meskipun tidak semua murid hadir pada hari terakhir persekolahan, mereka tetap berbesar hati menyediakan kasut buat rakan-rakan anak mereka.
Lebih menarik perhatian, kasut yang diberikan bukanlah dari jenama biasa, mencerminkan kemurahan hati pasangan suami isteri tersebut. Guru kelas turut berpesan agar murid-murid membuka hadiah itu selepas pulang ke rumah bagi menambah elemen kejutan.
Tindakan mulia pasangan ini mendapat reaksi positif netizen, yang rata-rata kagum dengan kemurahan hati mereka. Ramai yang mendoakan agar keluarga itu terus dilimpahkan rezeki dan menjadikan kisah ini inspirasi untuk lebih ramai orang berkongsi kebaikan.
Kredit: TikTok azra_deanna