Dalam satu perkongsian yang diperoleh daripada Facebook, sepasang suami isteri warga emas dilihat berpegangan tangan semasa menerima rawatan berikutan dijangkiti Covid-19.
Lebih menyedihkan apabila mereka turut menyambut hari ulang tahun perkahwinan dalam wad ICU kerana pendemik tersebut.
Pasangan berusia 70an ini telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 bersama-sama frontliner walaupun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan.
Menurut perkongsian seorang jururawat yang bertugas, sambutan yang dibuat adalah bagi memastikan pasangan tersebut berasa gembira dan lebih bersemangat untuk terus hidup.