fbpx

Akibat tersalah langkah, akhirnya lima orang pencuri ini terpaksa menjalani ‘Rapid Test’ kerana dipercayai telah mencuri di dalam rumah seorang pesakit Covid-19.

Kejadian berlaku di Makassar, Indonesia. Menerusi laporan Kompas, lima pencuri tersebut telah memasuki rumah itu kerana pemilik tiada di rumah, namun mereka tidak mengetahui mengapa pemilik berada di luar bandar.

Rupa-rupanya pemilik rumah terbabit disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di satu kawasan lain. Dah lah kena tahan dengan polis kerana pecah masuk rumah, kini mereka pulak suspek covid-19.

Kelima-lima pencuri itu kemudiannya dipaksa untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di balai polis Panakkukang.

[fbcomments]