Pada Jumaat lalu, tular satu video di laman sosial berkenaan seorang anggota pegawai kanan polis wanita yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan dan cemuhan kepada anggota polis bawahannya yang turut dipercayai terjadi di Gombak.


Dalam video tersebut, wanita itu menjatuhkan darjat dan maruah seorang anggota polis berpangkat lans koperal sambil berteriak bersaksikan orang awam di sekelilingnya dengan mengatakan anggota polis berkenaan tidak layak untuk menegurnya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah medan selera di sekitar Taman Seri Gombak, di sini, selepas dua anggota polis dipercayai sedang membuat rondaan.

Ditahan Awal Pagi Tadi Untuk Bantu Siasatan

“Kau lans koperal…kau tak layak lah. kau pangkat lagi kecil dari aku. cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah) kau tak layak lah. “Lans koperal berlagak macam apa? Lans koperal lah kau. pangkat dah lah rendah, pangkat rendah”, antara kata-kata tomahan yang dilemparkan oleh wanita terbabit.

Menurut sumber Harian Metro, pegawai wanita itu akan diberi jamin petang ini selepas melengkapkan keterangannya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Semalam, suspek yang juga penjawat awam itu sudah memberikan keterangan di Bahagaian Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak”, penjelasan dari Harian Metro.

Tak Serik! Dia Buat Hal Lagi Tapi Dengan Orang Awam

Menurut netizen yang berjaya mendapatkan rakaman tular seterusnya, ia memaparkan anggota pegawai itu merakam pemandu wanita di parkir pusat beli-belah di Brickfields, semalam.

Kejadian terbabit berlaku akibat punca sebuah kereta Perodua Bezza datang secara tiba-tiba ingin masuk ke parkir kosong membunyikan hon panjang serta menengking mangsa wanita itu, dan bermula lah pertengkaran. Pegawai polis berkenaan juga sempat memperlekehkan pakaian mangsa iaitu pengadu tersebut dan mengkritik kelakuannya.

Namun, kes yang terjadi ini masih tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.

Kredit: Harian Metro, Twitter Berita Viral

[fbcomments]